Selasa, Januari 04, 2022

PEMBETULAN AYAT: koma, menurut, berlandaskan

Gambar 1

Subjek dan predikat ayat tidak boleh dipisahkan dengan ',' [KOMA] kerana konstituen sesuatu ayat terdiri daripada subjek dan predikat.  

Tanda bacaan koma ini bukan digunakan untuk menanda hentian sementara semasa kita membaca.  

Dalam penulisan, koma digunakan untuk memisahkan konstituen tertentu mengikut peraturan sintaksis dan pragmatik, walaupun dalam konteks retorikal tertentu, peraturan ini diabaikan.  

Rujuk https://owl.purdue.edu/owl/general_writing/punctuation/commas/index.html untuk maklumat tentang penggunaan koma daripada padangan tradisional.



Gambar 2

Binaan pertama dalam Gambar 2 salah kerana subjek dan predikat tidak dapat dikenal pasti daripada binaan ini. Ini kerana kedua-dua perkataan 'menurut' dan 'berkata' hadir dalam binaan ini.

Seharusnya, penulis memilih untuk menggunakan satu daripada dua perkataan ini bagi membentuk binaan kedua atau binaan ketiga untuk menghasilkan ayat yang gramatis dan ayat yang tepat strukturnya.


 Gambar 3

Penggunaan koma diperlukan seleps 'kritis' dan sebelum 'ini' bagi mengelakkan berlakunya ketaksaan struktur. Ini kerana satu daripada beberapa tafsiran - koma diletakkan selepas 'ini'  bagi memperlihatkan kata penentu dalam frasa nama 'teori analisis kritis ini' boleh mengakibatkan berlakunya kesalahan binaan, iaitu:

Oleh itu, berlandaskan teori analisis kritis ini, [KOMA] dengan jelas memaparkan bahawa wacana pengucapan Tengku Razaleigh Hamzah jelas mengandungi praktis kepemimpinannya. [x]