Ahad, Julai 19, 2020

Sabtu, Julai 18, 2020

TENTATIF <> tentative

TENTATIVE <> tentatif

semua kamus bahasa inggeris menggolongkan TENTATIVE <> TENTATIF dalam golongan kata ADJEKTIF <> ADJECTIVE.

tetapi merriam-webster menambah satu lagi golongan kata berdasarkan dapatan dalam korpus terkini: kata NAMA <> NOUN.

contoh penggunaan yang diperlihatkan menggunakan bentuk jamak. bentuk muftad tidak ada.

untuk kamus bahasa inggeris lain, bentuk kata nama untuk TENTATIVE <> TENTATIF ialah

TENTATIVEness <> keTENTATIFan

bentuk kata adverba pula ialah:

TENTATIVEly <> secara tentatif

untuk TENTATIF <> TENTATIVE dalam bahasa melayu, PRPM, yang memetik kamus dewan edisi keempat, memberikan takrifan berikut:


Definisi : (téntatif) 1. tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah; 2. buat sementara waktu: beberapa langkah ~ diambil utk memasukkan sains sepenuhnya ke dlm skop sosiologi ilmu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


berdasarkan maklumat daripada PRPM ini, TENTATIF <> TENTATIVE mempunyai ciri keadjektifan. 

ini kerana, dalam ‘langkah TENTATIF’, perkataan  TENTATIF <> TENTATIVE itu menerangkan kata nama sebelumnya, iaitu ‘langkah’. urutan KN + KADJ ini menepati hukum DM, ie yang Diterangkan mendahului yang Menerangkan.

selain itu, definisi ‘tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah’ boleh menjadi predikat kepada satu subjek, contohnya:

langkah itu + tidak muktamad.

langkah itu  + tidak pasti.

langkah itu  + masih boleh berubah. 

langkah itu + tentatif.

langkah itu  + sumbang.

langkah itu  + gopoh.

langkah itu + bijak.

secara paradigmatiknya, predikat yang mengikuti subjek ‘langkah itu’ terbentuk daripada frasa yang mempunyai kata ini daripada golongan kata adjektif.

‘berubah’, dari sudut morfologi tatabahasa dewan, ialah satu kata kerja kerana ada imbuhan beR-. 

tetapi, apabila melihat ciri makna perkataan itu, aspek kesifatan terserlah, iaitu 

(a) berada dalam keadaan yang tak tetap dan muktamad 

dan 

(b) berada dalam keadaan yang berubah-ubah.

lihat juga penerangan kata adjektif sifatan atau keadaan TBD.

maka, jika TENTATIF digunakan dalam
frasa nama, ia perlu mengikuti inti kata nama, bukan mendahului inti tersebut, misalnya

langkah + tentatif

jadual + tentatif

program + tentatif

atur cara + tentatif

aktiviti + tentatif

BUKAN

*tentatif  + langkah 

*tentatif + jadual

*tentatif  + program

*tentatif + atur cara

*tentatif + aktiviti.

sekarang ada pula yang menyamakan TENTATIF <> TENTATIVE dengan atur cara, sehingga menjadikan TENTATIF kata nama sahaja, misalnya:

TENTATIF hari ini adalah seperti yang ada dalam buku program.

persoalannya:

(a) mungkinkah perlu ada rumus yang membenarkan bentuk MD, bukan DM?

(b) mungkinkah perlu diterima TENTATIF sebagai kata nama  sebagaimana yang diperlihatkan oleh merriam-webster untuk TENTATIVES?

mengapa persoalan ini diutarakan?

bahasa sentiasa berubah2 bersesuaian dengan perkembangan semasa.  dan kelihatan perkembangan semasa untuk TENTATIF  ialah kedudukannya sebelum kata nama.

pengguna sesuatu bahasa itu pula sentiasa kreatif dan produktif sehingga terhasil bentuk2 yang tak terfikir oleh penutur ibunda bhasa melayu yang asal, yang pertama.

pengguna kontemporari meminjam
struktur bahasa lain bagi membentuk frasa yang ada TENTATIF, iaitu penerang + inti, bukan inti + penerang sebagaimana urutan kata lazim bahasa melayu.

pengguna juga begitu kreatif dan produktif sehingga menjadikan kata adjektif sebagai kata nama bagi membentuk frasa nama yang hanya ada TENTATIF semata-mata pada struktur permukaan melalui proses pengguguguran inti antara struktur dalaman dan luaran.

persoalan yang lebih utama:

adakah DBP, pakar bahasa preskriptif, linguis preskriptif sanggup menerima trend kontemporari yang melibatkan perkataan TENTATIF?