Selasa, Oktober 03, 2017

KESAN SAMPINGAN FB - contoh penulisan dan etika

Jika tadi saya menulis tentang manfaat FB, kini saya akan menulis tentang kesan sampingan FB dan WA.

Dengan adanya FB dan WA yang berfungsi 24 jam, kelas yang selama ini tiga jam seminggu turut juga berfungsi 24 jam.

Pelajar dan pensyarah tidak hanya bersemuka secara fizikal di dewan kuliah, bilik tutorial, dan makmal konkrit yang dibina oleh universiti.

FB dan WA memberi peluang bagi kelas diteruskan di luar jadual kelas rasmi yang ditetapkan.

Contohnya, seorang pelajar ingin memahami maksud sebenar soalan yang diberikan di FB oleh pengajarnya. Beliau menggunakan WA untuk bertanya soalan.

Kedua-dua soalan di FB dan WA ini diberikan di luar waktu rasmi kelas. Disebabkan kehadiran FB dan WA, kedua-dua pihak bersengkang mata bagi memastikan kelas di luar waktu rasmi ini tetap berjalan lancar.

Akibatnya ialah pelajar ketercungapan, dan pengajarnya ketersemputan dek kelajuan jari-jari menaip idea-idea yang mencurah-curah bagaikan limpahan air terjun Niagara.

#hmt213
#hmt215
#hmt411

hashtag: why odi loves FB and WA😉


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214216367144491&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3


FB sebagai kawan - contoh penulisan dan etika

FB boleh menjadi kawan. FB juga boleh menjadi lawan.
Dalam kes penggunaan oleh Dr Nizam Mohd Sahad, pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, FB menjadi kawan.
Beliau menggunakan FB untuk sesuatu yang bermanfaat untuk diri beliau, iaitu menulis khutbah Jumaat yang akan beliau sampaikan sendiri.
Dan, antara satu daripada kesan penulisan beliau ini ialah mereka yang mendengar khubah beliau nanti akan turut juga mendapat manfaat.
Jika beliau terbitkan khutbah ini di blog atau di akhbar atau di medium lain yang mempunyai lebih ramai audiens, sebarannya pasti lebih meluas daripada sekadar di masjid.
Sudah tentu ada pendengar dan pembaca yang terkesan - hanya melalui satu pos pendek di FB.
Di sini boleh dilihat bagaimana FN boleh menjadi kawan, bukan menjadi lawan.
hashtag: why odi loves FB😉
sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214366637461155&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3

KEBAIKAN FACEBOOK - contoh penulisan dan etika


Antara kebaikan FB ialah menghubungkan mereka yang lama terpisah. 

Kebaikan ini juga dikenali sebagai 'jejak kasih'. Ungkapan ini dipinjam daripada satu program TV di TV3.

Contohnya, melalui FB, rakan-rakan sekolah yang terpisah semenjak meninggalkan bangku sekolah dapat dipertemukan semula di dunia maya. 

Dan mungkin hasil pertemuan semula ini dapat diteruskan di lokasi yang membenarkan mereka berjumpa secara berdepan, makan kek keju bersama sambil minum coklat panas dan menjilat ais krim chocotop.

gambar: dari rakan Facebook


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214216669112040&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3&theater

PERBUALAN SELEPAS MENDAPAT ARAHAN DAN ETIKA KUALITATIF

PERBUALAN SELEPAS MENDAPAT ARAHAN
Dalam sesuatu kelas, kita tidak tahu dan tidak dapat menjangkakan bila unsur-unsur lawak spontan akan hadir dan menjelma.
Gambar lampiran merupakan perbualan Whatsapp pelajar saya selepas mereka mendapat arahan melakukan sesuatu daripada saya.
Sebagai pengajar, saya fikir arahan yang diberikan sudah terang lagi bersuluh. Rupa-rupanya tidak.
Persoalan tentang keterkinian wajah dan kedudukan nama timbul.
Dan, pada diri saya, perbualan mereka itu telah menggeletek hati saya. Tersenyum-senyum saya membacanya.
Afif, seperti biasa, pasti akan menghasilkan sesuatu yang tidak mengikut skema. Dan, selepas mendapat pengesahan, beliau memastikan kehendak arahan dipatuhi.
Laila pula mungkin ragu-ragu dengan kefahamannya terhadap kehendak arahan dan memerlukan rakan sekelas mengesahkan apa yang difahaminya. Pengesahan ini telah diberikan oleh Melissa dan Shazwani.
Dalam kelas ini, saya gelar sindrom perlukan pengesahan ini sebagai 'Sindrom Melissa-Azah'. (Jika mereka berdua izinkan, saya ceritakan tentang sindrom ini.)
Namun aspek yang paling menyebabkan saya tersenyum ialah semua nama diletak di dahi.
Tujuan utama saya meminta pelajar meletak nama di gambar ialah untuk memudahkan saya menghafal nama dan wajah untuk nama tersebut. Ini kerana semenjak duatigamenjak ini saya mengadapi masalah mengingati nama.
Kebetulan sahaja nama itu saya letak di dahi gambar Faizal Tahir kerana itulah satu-satunya lokasi yang paling kosong dan yang tidak mengganggu lokasi mata, hidung dan mulut yang membentuk wajah beliau.
Dan, apabila saya perhatikan hasil kerja dan perbualan pelajar saya, barulah saya sedar bahawa fungsi nama di gambar itu dan lokasi nama diletak perlu dinyatakan dengan jelas. TERSURAT. TIADA YANG TERSIRAT.
Jadinya, Afif, Laila, Melissa, Shazwani dan anakanda-anakanda lain, kat tempat lain pun boleh letak, ya. Dan afdal guna fon (for font, not phone) merah😂😂🤣🤣.
hashtag: keizinan daripada semua individu telah didapati via komunikasi WA

SUMBER: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214231665566942&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3&theater




TENTATIF <> tentative [KATA ADJEKTIF]




BI (US/UK)
tentative program(me) 

BM
program tentatif,  BUKAN tentatif program

tentative <> tentatif: adjective<>adjektif

pict: https://www.google.com/amp/s/www.collinsdictionary.com/amp/english/tentative


SUMBER: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214234343553890&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3&theater

when a linguist tries to do the syntax
of a pantun
she gets distracted
by the semantics and pragmatics
not to mention the graphics 
of a fruit





source 1: google image and google play

source 2:  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214234670042052&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3&theater

Mohon 'LIKE' untuk video hasil tangan pelajar

BAGI PIHAK ANAKANDA PELAJAR SAYA
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami merupakan pelajar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan bermajorkan bahasa melayu.
Mohon jasa baik Tuan/Puan/ Saudara/Saudari semua untuk *'view'* *'like'* dan *'comment'* video subjek HMT213 - komunikasi lisan ini.
Tayangan video ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kerja kursus bagi subjek HMT213.
Kerjasama Tuan/Puan/Saudara/Saudari semua amat membantu kumpulan kami dari segi pemarkahan. Jasa Tuan/Puan/Saudara/Saudari semua amat kami hargai.💕💕💕💞💞💞💞💞
Sekian, terima kasih. ðŸ™‚😀😘😄

Mengapa ilmu linguistik (atau bahasa) perlu ada untuk seorang guru bahasa?

sebab itu perlu ada guru bahasa melayu yang mahir morfologi, sintaksis dan pragmatik
sekarang ini salah siapa jika lambakan menjadi-jadi gara-gara melambakKAN pusat-pusat ini


sumber: 
https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10214353799740220
https://ohwulan.blogspot.my/2017/09/teguran-berani-bongkar-lambakkan-pusat.html

KEMAHIRAN PENGETAHUAN LINGUISTIK YANG DIPERLUKAN

sewajarnya setiap bakal guru bahasa dan setiap pelajar yang major atau minor dalam linguistik perlu mendalami bidang2 ini sebelum meneruskan pengajian dalam bidang sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, dan linguistik terapan lain.
tetapi kini ada bakal guru dan pelajar linguistik yang hanya sekadar mengambil fonetik dan fonologi sahaja, dan selepas itu terus mengikuti kursus dalam bidang linguistik terapan.
mungkin kehadiran universiti google telah menyebabkan mereka begitu yakin bahawa mereka boleh mempelajari sendiri aspek morfologi, sintaksis, semantik, dan pragmatik.
pict: credit to ahmad shakeel in silly linguistics' Facebook group

sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214348199840226&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3&theater

Takrifan dan perubahan

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ' wajah; ditakrifkan 'muka', dan 'muka' ditakrif sebagai 'bahagian kepala di sebelah hadapan dr dahi hingga ke dagu'.
Maka, yang membingungkan odi ialah mengapa ada yang memberikan gambar seperti di bawah, apabila gambar wajah terkini diminta?
Perlukah PRPM menambah takrifan baru untuk wajah?
hashtag: [Dalam Dialek Utagha: habaq mai sat tang mana dagu, kepala. Yang hampa dok hantaq gambaq lehiaq ke bawah tu wat pa?😡😡😡😡😡]


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214360754354081&set=a.1705644842325.2098398.1274137969&type=3&theater