Dengan adanya FB dan WA yang berfungsi 24 jam, kelas yang selama ini tiga jam seminggu turut juga berfungsi 24 jam.
Pelajar dan pensyarah tidak hanya bersemuka secara fizikal di dewan kuliah, bilik tutorial, dan makmal konkrit yang dibina oleh universiti.
FB dan WA memberi peluang bagi kelas diteruskan di luar jadual kelas rasmi yang ditetapkan.
Contohnya, seorang pelajar ingin memahami maksud sebenar soalan yang diberikan di FB oleh pengajarnya. Beliau menggunakan WA untuk bertanya soalan.
Kedua-dua soalan di FB dan WA ini diberikan di luar waktu rasmi kelas. Disebabkan kehadiran FB dan WA, kedua-dua pihak bersengkang mata bagi memastikan kelas di luar waktu rasmi ini tetap berjalan lancar.
Akibatnya ialah pelajar ketercungapan, dan pengajarnya ketersemputan dek kelajuan jari-jari menaip idea-idea yang mencurah-curah bagaikan limpahan air terjun Niagara.
#hmt213
#hmt215
#hmt411
hashtag: why odi loves FB and WA😉
sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214216367144491&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan