Selasa, Oktober 03, 2017

PERBUALAN SELEPAS MENDAPAT ARAHAN DAN ETIKA KUALITATIF

PERBUALAN SELEPAS MENDAPAT ARAHAN
Dalam sesuatu kelas, kita tidak tahu dan tidak dapat menjangkakan bila unsur-unsur lawak spontan akan hadir dan menjelma.
Gambar lampiran merupakan perbualan Whatsapp pelajar saya selepas mereka mendapat arahan melakukan sesuatu daripada saya.
Sebagai pengajar, saya fikir arahan yang diberikan sudah terang lagi bersuluh. Rupa-rupanya tidak.
Persoalan tentang keterkinian wajah dan kedudukan nama timbul.
Dan, pada diri saya, perbualan mereka itu telah menggeletek hati saya. Tersenyum-senyum saya membacanya.
Afif, seperti biasa, pasti akan menghasilkan sesuatu yang tidak mengikut skema. Dan, selepas mendapat pengesahan, beliau memastikan kehendak arahan dipatuhi.
Laila pula mungkin ragu-ragu dengan kefahamannya terhadap kehendak arahan dan memerlukan rakan sekelas mengesahkan apa yang difahaminya. Pengesahan ini telah diberikan oleh Melissa dan Shazwani.
Dalam kelas ini, saya gelar sindrom perlukan pengesahan ini sebagai 'Sindrom Melissa-Azah'. (Jika mereka berdua izinkan, saya ceritakan tentang sindrom ini.)
Namun aspek yang paling menyebabkan saya tersenyum ialah semua nama diletak di dahi.
Tujuan utama saya meminta pelajar meletak nama di gambar ialah untuk memudahkan saya menghafal nama dan wajah untuk nama tersebut. Ini kerana semenjak duatigamenjak ini saya mengadapi masalah mengingati nama.
Kebetulan sahaja nama itu saya letak di dahi gambar Faizal Tahir kerana itulah satu-satunya lokasi yang paling kosong dan yang tidak mengganggu lokasi mata, hidung dan mulut yang membentuk wajah beliau.
Dan, apabila saya perhatikan hasil kerja dan perbualan pelajar saya, barulah saya sedar bahawa fungsi nama di gambar itu dan lokasi nama diletak perlu dinyatakan dengan jelas. TERSURAT. TIADA YANG TERSIRAT.
Jadinya, Afif, Laila, Melissa, Shazwani dan anakanda-anakanda lain, kat tempat lain pun boleh letak, ya. Dan afdal guna fon (for font, not phone) merah😂😂🤣🤣.
hashtag: keizinan daripada semua individu telah didapati via komunikasi WA

SUMBER: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214231665566942&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3&theater




Tiada ulasan:

Catat Ulasan