Selasa, Oktober 03, 2017

FB sebagai kawan - contoh penulisan dan etika

FB boleh menjadi kawan. FB juga boleh menjadi lawan.
Dalam kes penggunaan oleh Dr Nizam Mohd Sahad, pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, FB menjadi kawan.
Beliau menggunakan FB untuk sesuatu yang bermanfaat untuk diri beliau, iaitu menulis khutbah Jumaat yang akan beliau sampaikan sendiri.
Dan, antara satu daripada kesan penulisan beliau ini ialah mereka yang mendengar khubah beliau nanti akan turut juga mendapat manfaat.
Jika beliau terbitkan khutbah ini di blog atau di akhbar atau di medium lain yang mempunyai lebih ramai audiens, sebarannya pasti lebih meluas daripada sekadar di masjid.
Sudah tentu ada pendengar dan pembaca yang terkesan - hanya melalui satu pos pendek di FB.
Di sini boleh dilihat bagaimana FN boleh menjadi kawan, bukan menjadi lawan.
hashtag: why odi loves FB😉
sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214366637461155&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan