AYAT:
Situasi ini melambangkan keadaan keharmonian antara manusia dengan alam
sekitar.
Ayat ini mengandungi satu subjek dan
satu predikat sahaja, iaitu:
1. subjek: situasi ini
2. predikat: melambangkan keadaan
keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.
Antara ujian yang boleh digunakan untuk
menentukan subjek dan predikat ialah:
Siapakah/Apakah yang Predikat?
Maka, untuk ayat di atas, ujian
penentuan subjek dan predikatnya ialah:
Apakah yang melambangkan keadaan
keharmonian antara manusia dengan alam sekitar?
Dapat dilihat bahawa 'apakah' boleh
digantikan digantikan dengan 'situasi ini'; maka 'situasi ini' ialah subjek
ayat'.
Dan 'melambangkan keadaan keharmonian
antara manusia dengan alam sekitar' yang hadir selepas kata 'yang' di dalam
ayat tersebut ialah predikat ayat.
Predikat ayat ini ialah predikat
tunggal/simpleks/mudah kerana, di dalam ayat ini, tidak ada kata KONJUNGSI atau KOMPLEMENTIZER.
Maka, ayat ini ialah ayat tunggal.
sumber ayat: Tn Mohd Zaini Koris
daripada grup FB Isu Tatabahasa Bahasa Melayu (ITBM)
penghargaan: Terima kasih kepada Tn
Adnan Shimin, pentadbir ITBM, yang mengizinkan saya menggunakan bahan daripada
grup ini.
lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209782981792628?pnref=story