1. Hal ini kerana ....
ATAU
2. Ini kerana ....
Teori linguistik digunakan untuk
mendeskripskan apa yang berlaku dalam data bahasa. Teori bukan digunakan untuk
memaksa agar data bahasa mengikut acuan yang ditetapkan oleh sesuatu teori.
Jika sesuatu teori itu tidak dapat
menjelaskan apa yang berlaku dalam data bahasa, maka teori itu yang perlu
diubah suai, bukan data bahasa yang diubah.
Setiap bahasa itu ada keunikannya,
walaupun ada sifat-sifat sejagat yang dikongsi bersama oleh semua bahasa dunia.
Allah swt mencipta Adam dan Hawa
sebagaimanusia pertama bagi menghasilkan sifat sejagat bahasa. Dan Allah swt
mencipta anak cucu Adam dan Hawa bagi menghasilkan sifat unik bahasa.
Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa
teori yang perlu diubah suai bagi menanggani kedua-dua sifat unik dan sejagat
bahasa bagi menghargai dan mensyukuri nikmat ciptaan Allah swt, bukan data
bahasa.
lokasi asal: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209499628588975&set=a.3893846225992.2172692.1274137969&type=3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan