Khamis, Jun 30, 2016

AFIKS / IMBUHAN 'ter-' dan 'teR-'

TBD (1996: 231) menyatakan bahawa 'ter-' digunakan untuk mengungkap 'darjah penghabisan' apabila digabungkan dengan kata akar daripada golongan kata adjektif.

Lihat ayat (1) yang boleh diparafrasakan sebagai ayat (2).

Ia menunjukkan bahawa kehadiran 'ter-' di dalam perkataan 'terselekeh' menunjukkan 'darjah penghabisan' bagi aspek kepalingan.

Ia tidak mengungkapkan makna 'tak sengaja menyelekehkan diri seseorang'🤓.

Oleh itu, 'terselekeh' boleh digunakan di dalam
konteks ayat (1).

(1) Pensyarah wanita terselekeh boleh ditemui di PPIK.
(2) Pensyarah wanita paling selekeh boleh ditemui di PPIK.

TBD (1996: 167-168) menyatakan afiks 'teR-' digunakan untuk mengungkap makna 'tak sengaja', 'keupayaan', dan ''tersedia' dalam suatu kata kerja.

Dan afiks 'teR-' untuk kata kerja ini hanya ada satu bentuk fizikal sahaja, iaitu 'ter-' (TBD, 1996: 164).

Lihat ayat (3). Ia menunjukkan bahawa subjek ayat menjumpai secara tidak sengaja butang edit.
Oleh itu, 'terjumpa' boleh digunakan di dalam ayat (2).

(3) Pensyarah ini terjumpa butang 'edit' di dalam FBnya sehingga menyebabkan beliau menggila-gila mewarnakan gambar yang beliau muat naikkan.


lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209656504190767

Tiada ulasan:

Catat Ulasan