Perkataan yang mempunyai bentuk yang
sama boleh dimasukkan dalam dua golongan kata yang berbeza.
Perkataan 'tersebut' boleh menjadi kata
determiner (lihat (1)) dan kata kerja (lihat (2)) dalam konteks sintaksis yang
berbeza.
1. Pensyarah tersebut melakar rajah
pohon.
2. Pensyarah itu tersebut perkataan
'cukur' semasa hendak menyebut'syukur'.
'Tersebut' di dalam ayat (1) bukan
merujuk kepada 'tak sengaja menyebut', seperti yang diperlihatkan di dalam ayat
(2). Tetapi ia merujuk kepada 'kekhususan identiti suatu kata atau frasa nama'
seperti yang terdapat di dalam frasa nama subjek ayat (2).
Oleh itu, 'tersebut' tidak salah untuk
digunakan dalam konteks ayat (1).
lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209656184862784
Tiada ulasan:
Catat Ulasan