1. Odi pergi ke Kandar Kayu dengan
kereta.
2. Odi pergi ke Kandar Kayu dengan menggunakan kereta.
2. Odi pergi ke Kandar Kayu dengan menggunakan kereta.
Di dalam (1), 'dengan' ialah kata
preposisi kerana ia diikuti oleh frasa nama 'kereta'.
Namun begitu, apabila ayat (1)
dianalisis menggunakan ayat (2) dengan mengambil kira faktor pengguguran dan
ketersiratan unsur dalam pembentukan sesuatu ayat, 'dengan' bukan lagi kata
preposisi, tetapi kata komplementizer.
Ini kerana, dalam klausa selepas kata
'dengan', subjek tidak dizahirkan, dan subjek tersirat ini perlu ada untuk kata
kerja transitif 'menggunakan'. Jika dizahirkan subjek ini boleh digantikan
dengan kata nama khas 'Odi'.
3. Odi pergi ke Kandar Kayu dengan
(subjek tersirat = Odi) menggunakan kereta.
Di dalam rajah pohon, subjek tersirat
ini dilambangi dengan angka '0'.
Oleh itu, 'dengan' boleh digolongkan
sebagai kata preposisi atau kata komplementizer, bergantung kepada tafsiran
analisis dan huraian.
Makluman: RP bukan X-berpalang
diadaptasi daripada Tatabahasa Dewan dengan 'Ayat Komplemen' digantikan oleh
'Klausa Komplemen'. Ini kerana saya berpegang kepada ciri 'ayat berdiri sendiri,
tetapi klausa tidak semestinya boleh berdiri sendiri'.
visualizer rajah pohon: mshang
rujukan: Tatabahasa Dewan (NSK et al.,
1993)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan