Khamis, Jun 30, 2016

Ayat Tunggal atau Majmuk

AYAT:  Situasi ini melambangkan keadaan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja, iaitu:
1. subjek: situasi ini
2. predikat: melambangkan keadaan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

Antara ujian yang boleh digunakan untuk menentukan subjek dan predikat ialah:
Siapakah/Apakah yang Predikat?

Maka, untuk ayat di atas, ujian penentuan subjek dan predikatnya ialah:
Apakah yang melambangkan keadaan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar?

Dapat dilihat bahawa 'apakah' boleh digantikan digantikan dengan 'situasi ini'; maka 'situasi ini' ialah subjek ayat'.

Dan 'melambangkan keadaan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar' yang hadir selepas kata 'yang' di dalam ayat tersebut ialah predikat ayat.

Predikat ayat ini ialah predikat tunggal/simpleks/mudah kerana, di dalam ayat ini,  tidak ada kata KONJUNGSI atau KOMPLEMENTIZER.

Maka, ayat ini ialah ayat tunggal.

sumber ayat: Tn Mohd Zaini Koris daripada grup FB Isu Tatabahasa Bahasa Melayu (ITBM)

penghargaan: Terima kasih kepada Tn Adnan Shimin, pentadbir ITBM, yang mengizinkan saya menggunakan bahan daripada grup ini.

lokasi asal: https://www.facebook.com/odyusoff/posts/10209782981792628?pnref=story

Tiada ulasan:

Catat Ulasan