Khamis, Jun 30, 2016

SATU PERKATAAN SAHAJA


Ayat dan frasa boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja. Contohnya, 'tidur' boleh merujuk kepada (1) frasa kerja tak transitif yang mempunyai satu kepala atau inti, iaitu 'tidur' dan (2) ayat perintah yang subjeknya tidak diperlihatkan atau diperdengarkan kepada umum. Lihat rajah pohon yang dimuat naik.

Subjek ayat perintah "Tidur!" boleh diwakili oleh satu unsur, iaitu PRO. Pengisian PRO di bahagian subjek ayat perintah ini menepati penjelasan yang diberikan oleh Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et al., 1996: 421). Ini kerana ayat perintah ini merupakan satu ayat tunggal yang menyerlahkan pola ayat dasar FN + FK (Nik Safiah Karim et al., 1996).

Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et al., 1996: 421) menyatakan bahawa ayat dasar dan ayat tunggal "mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat". Di dalam ayat perintah "Tidur!", dapat dilihat bahawa subjeknya ialah 'PRO' dan predikatnya ialah 'tidur'.

NOTA: Rajah pohon meminjam idea daripada skema X-berpalang.

RUJUKAN:

Newson, Mark et al.. 2006. Basic English Syntax with Exercises. http://mek.oszk.hu/05400/05476/05476.pdf. 25 Mei 2016.

Nik Safiah Karim et al.. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

lokasi asal: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209490688965490&set=a.1705644842325.2098398.1274137969&type=3&theater


Tiada ulasan:

Catat Ulasan